Kini tanggal penghujung disember 2010 satu blog informasi isu semasa telah dilancarkan yang diberi nama YakBokTam dot com. Blog yakboktam ini akan memaparkan isu-isu terkini dan ianya meliputi informasi-informasi umum yang akan dimasukkan ke dalam blog ini.Antara isi kandungan yang akan diterapkan di dalam blog yakboktam ini adalah berkenaan gejala sosial, ekonomi, bisnes, hiburan,peluang kerjaya, info sukan dan segala macam info yang dirasakan sesuai oleh admin yakboktam.com
Jadi dengan wujudnya blog informasi umum ini bakal memberi kemudahan kepada pembaca-pembaca yang dahagakan maklumat panas dan juga isu semasa terkini tempatan mahupun global. Blog yakboktam akan cuba memaparkan artikal atau penulisan yang menarik kepada umum sebagai bahan rujukan. Jadi jika pembaca merasakan maklumat di yakboktam ini bermanfaat, diharapkan pembaca boleh la berkunjung ke sini lagi ya .
Selain itu juga yakboktam dot com mengalu-alu kan perkongsian cerita-cerita panas mahupun isu sensasi tempatan ataupun maklumat yang bermanfaat dengan blog yakboktam ini.Pembaca blog yakboktam juga boleh berkongsikan maklumat yang mahu dikongsikan bersama di sini dengan emailkan kepada admin@yakboktam.com
Siapa pemilik blog yakboktam ini?
Blog yakboktam ini diasaskan oleh seorang pemuda berusia 26 tahun yang berasal dari kelantan yang sudah berkecimpung di dalam dunia pembloggeran selama setahun lebih. Dengan ilmu blogger yang ada jadi saya wujudkan satu niche blog informasi umum untuk para pembaca.
Pengasas yakboktam juga merupakan salah seorang graduan unversiti tempatan yang telah menamatkan pengajiannya dan kini merupakan seorang blogger dan juga internet marketer secara fulltime dimana beliau hanya melakukan kerja hanya dari rumah sahaja.Dan 99% pendapatan yang datang kepada beliau bersumberkan dari sumber pendapatan internet.
Kenapa diberikan nama sebagai YakBokTam?
Yakboktam berasal dari perkataan kelantan. Dimana membawa maksud terkejut.terkejut dengan sesuatu keadaan.Begitulah secara mudahnya maksud yakboktam.